CLICK HERE FOR FREE BLOG LAYOUTS, LINK BUTTONS AND MORE! »

Friday, August 30, 2013

kehidupan sememangnya tak selalunya indah

       Selepas graduasi yang lalu,setelah sebulan mencuba dan mencari kerja yang sesuai....Alhamdullilah sebulan lepas tuh terus diterima bekerja di U.G Medical  sebagai Lab Executive. Kerja kat sana memang best, semua kerja aku agak teratur..banyak jugak pengalaman yang ditimba terutamanya berkenaan dengan ISO 13485 mengenai medical device. Tapi tuh lah ramai sangat yang tak suka dengan kehadiran aku sebab aku sendiri pon tak pasti.Ada khabar angin cakap aku nih terlalu muda untuk pegang jawatan yang ada .Umur 22 tahun tuh terlalu muda ke??masalahnya aku rasa dah cukup matang lah juga.Alasan lain supervisor kat kilang nih memang tak suka aku dari mula sebab manager suka lebih-lebihkan aku.Aduh...bukan dia lebihkan aku.Cuma aku nih terlalu baru dan perlukan bimbingan dari dia. Tambahan pulak,aku kena buat persediaan yang  banyak sebelum audit daripada Itali tuh datang.Banyak yang aku kena kemaskini.Banyak data aku kena analisa.Dia punya kerja sebanyak macamana nak siapkan tesis tuh.Setahun punya kerja aku kena siapkan.Memandangkan senior exec aku banyak tinggalkan kerja yang pending.Tapi aku terima kerja tuh dengan hati yang terbuka sebab bila aku buat kerja banyak,banyak juga ilmu yang aku dapat.Bila dua bulan aku cuba settlekan kerja tuh semua masa tuh lah senior exec aku tak puas hati.Dia kata aku tak patut amik kerja dia lah ape lah...Aku diam jer lah sebab malas nak layan  orang yang meroyankan.Macam-macam benda dia buat supaya kau berhenti.Akhirnya aku ambil keputusan untuk berhenti sebab masa tuh badan aku dah sakit2x ..kepala aku macam asik pening2x macam tuh. Aku tak nak cakap apa2x lah pasal benda tuh.Semuanya sudah ketentuan tuhan.

       Hampir 3 bulan aku menganggur.Perasaannya aduh tak payah cakaplah.Macam orang yang tak berguna pon adalah jugak. Pastuh suatu hari masa temankan ibu aku belikan barang untuk majlis aqiqah anak buah aku dapat call  daripada seseorang kata yang dieorang memang nak aku kerja kat sana (Careglove Global Sdn.Bhd) .Jawatannya sama macam aku pegang kat kilang lama. Tapi kat sini kerjanya lebih kepada chemistry.So,bayangkan lah daripada budak bio nak kena reset balik otak kepada chemistry.Kerja kat kilang nih   x payah cakaplah.Banyak giler ye lah kan kilang dia pon besar giler.Makmal kat sana pon agak besar lah jugak.Bayangkan dalam satu kilang aku kena jaga dua makmal.Awal2x lagi aku rasa macam nak mampos jer terima offer nih.Tapi aku yakin aku boleh lakukan ape yang  termampukan. Doa2x kan jer lah yang terbaik sepanjang aku bekerja kat sini.

2 comments:

Unknown said...

(Careglove Global Sdn.Bhd) tu kat area senawang ke??

MiZz MoTiEp BlOg said...

Yup..

Post a Comment